Allah mengarahkan kita melakukan kebaikan atau ketaatan dan
menghindari keburukan atau maksiat. Menurut kacamata Islam, kebaikan
adalah apa sahaja yang diredai Allah manakala keburukan pula apa sahaja
yang dimurkai-Nya. Apa yang lebih penting dalam melakukan kebaikan dan
menghindari keburukan adalah perasaan kita. Orang yang melakukan
kebaikan kerana telah menjadi rutin tidak sama dengan orang yang
melakukannya dengan penuh pengagungan terhadap Allah.
Begitu juga orang
yang menghindari maksiat kerana kebiasaan tidak sama dengan orang yang
meninggalkannya kerana takutkan Allah. Inilah yang dimaksudkan dengan
Taqwa.
Maksiat mempunyai pelbagai kategori dalam Islam.
Maksiat mempunyai pelbagai kategori dalam Islam.
- Pertama, maksiat yang mengeluarkan seseorang itu daripada Islam, seperti syirik dan kufur. Antara contohnya, sujud kepada patung, mencaci Allah dan Rasulullah SAW serta menghalalkan perkara haram dan mengharamkan perkara halal.
- Kedua, maksiat yang tidak mengeluarkan seseorang itu daripada Islam tetapi membawa dosa besar. Contohnya berzina, mengumpat dan mengadu domba.
- Ketiga, maksiat yang tidak mengeluarkan seseorang itu daripada Islam tetapi membawa dosa kecil. Contohnya meminang wanita yang sudah dipinang oleh orang lain, melihat dan mendengar perkara yang diharamkan.
Memang benar maksiat boleh terjadi di mana sahaja. Bahkan maksiat
boleh berlaku daripada orang yang nampaknya seperti berbuat kebaikan. Di
dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi (no. 2382),
Rasulullah menjelaskan tiga jenis manusia yang dihumban ke neraka
sebelum orang lain.
1. Pertama, orang yang membaca al-Quran untuk digelar qari.
2. Kedua, orang yang sering menderma untuk digelar pemurah dan dermawan.
3. Manakala ketiga, orang yang mati di medan perang semata-mata untuk digelar berani.
2. Kedua, orang yang sering menderma untuk digelar pemurah dan dermawan.
3. Manakala ketiga, orang yang mati di medan perang semata-mata untuk digelar berani.
Perhatikan bagaimana hadis ini mengajar kita agar sentiasa meneliti
dua perkara iaitu kesahihan amalan di samping keikhlasan niat. Kedua-dua
perkara ini perlu wujud seiringan dan tidak boleh diasingkan sama
sekali.
Setelah memahami kaedah berkaitan ketaatan dan maksiat, dapatlah kita
fahami bahawa apa sahaja festival yang membuang masa dan mengandungi
hiburan yang tidak menepati norma Islam termasuk dalam maksiat. Lebih
khusus lagi, ia tergolong dalam dosa kecil. Ini tidak bermaksud individu
muslim itu tidak boleh berhibur. Boleh, asal tidak berbaur maksiat.
1. Maksiat Membuatkan
Diri Kita Dibenci
Kenapa bila orang buat baik, dia berani buat
terang-terangan? Kenapa bila orang buat maksiat, dia tak berani buat depan
orang? Fitrah! Manusia senang dengan kebaikan. Benci dengan maksiat.
Ada juga orang yang berani buat maksiat terang-terangan.
Orang lain senang dengannya? Tidak! Allahpun lebih-lebih lagi tidak senang
dengannya.
Berkata Imam Syafie, “Kamu sekalian hendaklah menghindari
kebencian kaum muslimin.” “Bagaimana ia boleh berlaku?” tanya yang lain.
“Seseorang yang melakukan maksiat, Allah akan menumbuhkan rasa benci muslim
yang lain terhadapnya.”
2. Maksiat Menghalang
Masuknya Ilmu Pengatahuan
Imam Malik memberi nasihat yang layak ditulis dengan tinta
emas kepada Imam Syafie. Katanya, “Allah telah mencerahkanmu dengan ilmu
pengetahuan. Oleh itu, jangan sekali-kali memadamnya dengan kemaksiatan.”
Imam Syafie pernah mengadu kepada gurunya Waki’ tentang
sukarnya hafazannya kali ini. Lalu berkata Waki’, “Ilmu itu cahaya dan cahaya
tidak menembusi hati yang sedang berbuat maksiat.”
3. Maksiat Menggelapkan
Hati dan Wajah
Ibnu Abbas berkata, “ Maksiat menyebabkan kegelapan di wajah
dan di hati. Wujud kebencian orang lain terhadap kita, tahap kesihatan badan
merosot dan menghadapi kesulitan daripada aspek ekonomi.”
“Sebaliknya, kebajikan akan mencerahkan wajah, menjernihkan
hati, akan dikasihi orang lain, ekonomi meningkat dan dimurahkan rezeki.”
Allah SWT mengingatkan, “(Dengan sebab keingkaran mereka),
Allah mematerikan hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan
mereka ada penutupnya, dan bagi mereka pula disediakan azab seksaan yang amat
besar.” (Surah al-Baqarah: 7).
4. Maksiat Punca
Kebinasaan
Mari kita belajar daripada sejarah. Maksiat menjadi punca
kebinasaan umat terdahulu.
- Iblis diusir dari syurga kerana maksiat.
- Kaum Nabi Nuh ditenggelamkan banjir kerana maksiat.
- Firaun dan tenteranya dilemaskan ke dalam lautan kerana maksiat.
- Kaum Sadom diterbalikkan bumi kerana maksiat homoseksnya.
- Kaum Ad dilenyapkan rebut kerana maksiat.
- Kaum Bani Israel dimurkai Allah kerana maksiat.
- Nabi Muhammad SAW mengingatkan, “Apabila terjadi maksiat di kalangan umatku, maka Allah akan memberi azab-Nya untuk semua.” (HR Ahmad).
- Allah zalim? Tidak! Kita yang zalim.
“Dan Kami tidak menganiaya mereka, tetapi menganiaya diri
sendiri.” (Surah Hud: 101).
Allah yang Maha Adil hanya menjalankan keadilan-Nya.
Meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Yang cintakan maksiat diberikan
pembalasan dan azab.
“Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat
dan di laut disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia. Moga-moga
mereka kembali.” (Surah al-Rum: 41).
No comments:
Post a Comment