Pages

Sunday, June 23, 2013

PUSAT PERJUDIAN


Ada lebih 5 pusat judi internet di dalam bangunan selayang capital.


G-16 selayang point, jalan sj 17, selayang


G-14 dan g-13 selayang point, jalan sj 17, selayang



Sunday, June 2, 2013

RASIONAL

Allah mengarahkan kita melakukan kebaikan atau ketaatan dan menghindari keburukan atau maksiat. Menurut kacamata Islam, kebaikan adalah apa sahaja yang diredai Allah manakala keburukan pula apa sahaja yang dimurkai-Nya. Apa yang lebih penting dalam melakukan kebaikan dan menghindari keburukan adalah perasaan kita. Orang yang melakukan kebaikan kerana telah menjadi rutin tidak sama dengan orang yang melakukannya dengan penuh pengagungan terhadap Allah. 

Begitu juga orang yang menghindari maksiat kerana kebiasaan tidak sama dengan orang yang meninggalkannya kerana takutkan Allah. Inilah yang dimaksudkan dengan Taqwa.

Maksiat mempunyai pelbagai kategori dalam Islam.

  1. Pertama, maksiat yang mengeluarkan seseorang itu daripada Islam, seperti syirik dan kufur. Antara contohnya, sujud kepada patung, mencaci Allah dan Rasulullah SAW serta menghalalkan perkara haram dan mengharamkan perkara halal.
  2. Kedua, maksiat yang tidak mengeluarkan seseorang itu daripada Islam tetapi membawa dosa besar. Contohnya berzina, mengumpat dan mengadu domba.
  3. Ketiga, maksiat yang tidak mengeluarkan seseorang itu daripada Islam tetapi membawa dosa kecil. Contohnya meminang wanita yang sudah dipinang oleh orang lain, melihat dan mendengar perkara yang diharamkan.

Memang benar maksiat boleh terjadi di mana sahaja. Bahkan maksiat boleh berlaku daripada orang yang nampaknya seperti berbuat kebaikan. Di dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi (no. 2382), Rasulullah menjelaskan tiga jenis manusia yang dihumban ke neraka sebelum orang lain. 

1. Pertama, orang yang membaca al-Quran untuk digelar qari.

2. Kedua, orang yang sering menderma untuk digelar pemurah dan dermawan.

3. Manakala ketiga, orang yang mati di medan perang semata-mata untuk digelar berani.

Perhatikan bagaimana hadis ini mengajar kita agar sentiasa meneliti dua perkara iaitu kesahihan amalan di samping keikhlasan niat. Kedua-dua perkara ini perlu wujud seiringan dan tidak boleh diasingkan sama sekali.

Setelah memahami kaedah berkaitan ketaatan dan maksiat, dapatlah kita fahami bahawa apa sahaja festival yang membuang masa dan mengandungi hiburan yang tidak menepati norma Islam termasuk dalam maksiat. Lebih khusus lagi, ia tergolong dalam dosa kecil. Ini tidak bermaksud individu muslim itu tidak boleh berhibur. Boleh, asal tidak berbaur maksiat.



1. Maksiat Membuatkan Diri Kita Dibenci
Kenapa bila orang buat baik, dia berani buat terang-terangan? Kenapa bila orang buat maksiat, dia tak berani buat depan orang?  Fitrah! Manusia senang dengan kebaikan. Benci dengan maksiat.
Ada juga orang yang berani buat maksiat terang-terangan. Orang lain senang dengannya? Tidak! Allahpun lebih-lebih lagi tidak senang dengannya. 

Berkata Imam Syafie, “Kamu sekalian hendaklah menghindari kebencian kaum muslimin.” “Bagaimana ia boleh berlaku?” tanya yang lain. “Seseorang yang melakukan maksiat, Allah akan menumbuhkan rasa benci muslim yang lain terhadapnya.”

2. Maksiat Menghalang Masuknya Ilmu Pengatahuan
Imam Malik memberi nasihat yang layak ditulis dengan tinta emas kepada Imam Syafie. Katanya, “Allah telah mencerahkanmu dengan ilmu pengetahuan. Oleh itu, jangan sekali-kali memadamnya dengan kemaksiatan.”

Imam Syafie pernah mengadu kepada gurunya Waki’ tentang sukarnya hafazannya kali ini. Lalu berkata Waki’, “Ilmu itu cahaya dan cahaya tidak menembusi hati yang sedang berbuat maksiat.”

3. Maksiat Menggelapkan Hati dan Wajah
Ibnu Abbas berkata, “ Maksiat menyebabkan kegelapan di wajah dan di hati. Wujud kebencian orang lain terhadap kita, tahap kesihatan badan merosot dan menghadapi kesulitan daripada aspek ekonomi.”

“Sebaliknya, kebajikan akan mencerahkan wajah, menjernihkan hati, akan dikasihi orang lain, ekonomi meningkat dan dimurahkan rezeki.”

Allah SWT mengingatkan, “(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya, dan bagi mereka pula disediakan azab seksaan yang amat besar.” (Surah al-Baqarah: 7).

4. Maksiat Punca Kebinasaan
Mari kita belajar daripada sejarah. Maksiat menjadi punca kebinasaan umat terdahulu.
  1. Iblis diusir dari syurga kerana maksiat.
  2. Kaum Nabi Nuh ditenggelamkan banjir kerana maksiat.
  3. Firaun dan tenteranya dilemaskan ke dalam lautan kerana maksiat.
  4. Kaum Sadom diterbalikkan bumi kerana maksiat homoseksnya.
  5. Kaum Ad dilenyapkan rebut kerana maksiat.
  6. Kaum Bani Israel dimurkai Allah kerana maksiat.
  7. Nabi Muhammad SAW mengingatkan, “Apabila terjadi maksiat di kalangan umatku, maka Allah akan memberi azab-Nya untuk semua.” (HR Ahmad).
  8. Allah zalim? Tidak! Kita yang zalim. 

“Dan Kami tidak menganiaya mereka, tetapi menganiaya diri sendiri.” (Surah Hud: 101).
Allah yang Maha Adil hanya menjalankan keadilan-Nya. Meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Yang cintakan maksiat diberikan pembalasan dan azab.

“Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia. Moga-moga mereka kembali.” (Surah al-Rum: 41).