Pages

Monday, August 4, 2014

MAKSIAT BERMAHARAJALELA BUAT AMAL PULA DIDENDA


PERANGI JUDI CARA LEMBAB


Seingat saya kenyataan pertama DS Zahid Hamidi mahu banteras judi pada 3 Julai & akhir sekali 7 Julai 2014 Menteri Dalam Negeri & Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) mengulangi pendirian mahu perangi premis judi habis-habisan, tapi selepas 7 hari berlalu, tinjauan mendapati premis judi sekitar Lembah Klang semakin bertambah - jadi ini video khas untuk MDN, PDRM, PBT etc arios!

MEMALUKAN : ALASAN TIDAK MAMPU TANGANI JUDI



Rasanya ini respon DS Zahid Hamidi berhubung perkara yg dibangkitkan di laman Facebook - berdasarkan ringkasan wawancara, nada Menteri Dalam Negeri tidak seperti sebelum ini.

Kini DS Zahid Hamidi mengakui tidak mampu membanteras tetapi hanya boleh mengurangkan & terlalu jauh utk menghapuskan aktiviti premis perjudian serta menyatakan kegagalan menyekat sindiket perjudian disebabkan tiada keberanian politik.

Namun, jika alasan tiada keberanian politik, persoalannya sekarang siapa yg memegang kuasa politik & kenapa tidak gunakan kuasa politik untuk memberi tekanan kepada tauke judi?

Terima kasih kerana mengakui KDN & Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) hanya boleh mengurangkan & tidak mampu banteras sepenuhnya premis serta aktiviti perjudian. Justeru, usah terlalu kerap mengeluarkan kenyataan bersifat populis jika kita tidak mampu laksanakan apa yg diperkatakan.