Pages

Tuesday, July 22, 2014

KUANTAN : MAKSIAT BULAN RAMADHAN TIDAK DIPANTAU


KUANTAN, 24 Julai - Orang ramai kecewa dengan ketiadaan Pegawai Jabatan Agama Islam Pahang(JAIP) yang ditugaskan untuk memantau aktiviti maksiat di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini. 

Menurut salah seorang pengadu yang menghubungi kami malam tadi, beliau datang ke pejabat JAIP untuk membuat aduan dan laporan mengenai aktiviti maksiat tetapi tidak ada mana-mana pegawai yang dapat mengambul berat laporan yang dibuatnya. "Saya agak hairan, adakah penguatkuasa JAIP bercuti pada bulan Ramadhan?. Saya datang ke pejabat JAIP untuk mengadu tentang aktiviti maksiat di Jalan Kg.Tengah berhampiran Restoran Hj.Lee & Dah, dimana terdapat pasangan muda mudi yang tinggal bersama di situ tanpa ada sebarang halangan. 

Mereka menyewa bilik di kawasan itu dan tinggal berdua-duaan. Saya ada bukti dan saksi yang melihat kejadian itu. Maka saya datang atas keprihatinan untuk menegakkan syiar Islam di bulan Ramdhan. 

Namun agak kecewa apabila saya hanya dilayan oleh pengawal bangunan terbabit sahaja. Beliau cuba memberikan nombor pegawai untuk dihubungi. Namun semua panggilan tidak berjawab seolah-olah semua penguatkuasa bercuti bulan ini", katanya dengan nada kecewa. Beliau juga hairan kenapa JAIP tidak membuka operasi 24 jam, sedangkan aktiviti maksiat sebenarnya berlaku sepanjang masa tanpa mengira waktu.
-PAHANGDAILY-

No comments:

Post a Comment