Monday, August 4, 2014
PERANGI JUDI CARA LEMBAB
Seingat saya kenyataan pertama DS Zahid Hamidi mahu banteras judi pada 3 Julai & akhir sekali 7 Julai 2014 Menteri Dalam Negeri & Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) mengulangi pendirian mahu perangi premis judi habis-habisan, tapi selepas 7 hari berlalu, tinjauan mendapati premis judi sekitar Lembah Klang semakin bertambah - jadi ini video khas untuk MDN, PDRM, PBT etc arios!
MEMALUKAN : ALASAN TIDAK MAMPU TANGANI JUDI
Rasanya ini respon DS Zahid Hamidi berhubung perkara yg dibangkitkan di laman Facebook - berdasarkan ringkasan wawancara, nada Menteri Dalam Negeri tidak seperti sebelum ini.
Kini DS Zahid Hamidi mengakui tidak mampu membanteras tetapi hanya boleh mengurangkan & terlalu jauh utk menghapuskan aktiviti premis perjudian serta menyatakan kegagalan menyekat sindiket perjudian disebabkan tiada keberanian politik.
Namun, jika alasan tiada keberanian politik, persoalannya sekarang siapa yg memegang kuasa politik & kenapa tidak gunakan kuasa politik untuk memberi tekanan kepada tauke judi?
Terima kasih kerana mengakui KDN & Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) hanya boleh mengurangkan & tidak mampu banteras sepenuhnya premis serta aktiviti perjudian. Justeru, usah terlalu kerap mengeluarkan kenyataan bersifat populis jika kita tidak mampu laksanakan apa yg diperkatakan.
Tuesday, July 22, 2014
KUANTAN : MAKSIAT BULAN RAMADHAN TIDAK DIPANTAU
KUANTAN, 24 Julai - Orang ramai kecewa dengan ketiadaan Pegawai Jabatan Agama Islam Pahang(JAIP) yang ditugaskan untuk memantau aktiviti maksiat di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.
Menurut salah seorang pengadu yang menghubungi kami malam tadi, beliau datang ke pejabat JAIP untuk membuat aduan dan laporan mengenai aktiviti maksiat tetapi tidak ada mana-mana pegawai yang dapat mengambul berat laporan yang dibuatnya. "Saya agak hairan, adakah penguatkuasa JAIP bercuti pada bulan Ramadhan?. Saya datang ke pejabat JAIP untuk mengadu tentang aktiviti maksiat di Jalan Kg.Tengah berhampiran Restoran Hj.Lee & Dah, dimana terdapat pasangan muda mudi yang tinggal bersama di situ tanpa ada sebarang halangan.
Mereka menyewa bilik di kawasan itu dan tinggal berdua-duaan. Saya ada bukti dan saksi yang melihat kejadian itu. Maka saya datang atas keprihatinan untuk menegakkan syiar Islam di bulan Ramdhan.
Namun agak kecewa apabila saya hanya dilayan oleh pengawal bangunan terbabit sahaja. Beliau cuba memberikan nombor pegawai untuk dihubungi. Namun semua panggilan tidak berjawab seolah-olah semua penguatkuasa bercuti bulan ini", katanya dengan nada kecewa. Beliau juga hairan kenapa JAIP tidak membuka operasi 24 jam, sedangkan aktiviti maksiat sebenarnya berlaku sepanjang masa tanpa mengira waktu.
-PAHANGDAILY-
Tuesday, July 15, 2014
Sunday, July 13, 2014
Thursday, July 10, 2014
ADUAN ; PUSAT JUDI DANAUKOTA SETAPAK DIKAWAL RAPI
Ada sebuah company besar yg mengawal pusat perjudian di tmn
setapak indah 2a/6
bertempat di pasar larut mlm danau kota setapak
...
Nama tempat pusat snooker club 10...
Club 20 di jalan ipoh..jalan 2a/6
ader 3 pusat judi....pintu depan tutup dengan grill tapi bole exess
melalui pintu tepi.
ADUAN; JUDI BERMAHARAJALELA DI GOPENG PERAK
Judi Mesin slot di Taman Bemban Raya Batu Gajah.
Berhampiran trafik light jalan batu gajah - gopeng.
Mula beroperasi waktu tengahari
ADUAN: GEMPAR PUSAT JUDI BIADAB BAWAH SEKOLAH AGAMA
Unit atas adalah sekolah agama
sementara di bawah adalah
pusat judi mesin kuda.
Berbagai cara penduduk buat tapi kedai mesin kuda tetap beroperasi dengan bongkaknya.
Taman Kota Pendamar is a small town nestled near to Glenmarie
Cove, Taman Pendamar Indah 1 and Taman Telok Gedong Indah in Klang. Sitting on
a large freehold land, Taman Kota Pendamar comprises apartments, 2-storey
shop-offices, single and double-storey terrace houses as well as 1.5-storey
factories.
ADUAN : PUSAT URUT SEKS TSB SUNGAI BULOH
Kindly PM or call us for more details and booking.
✔️Our business hour from 1pm until 3 morning.
✔️Hotline: 03-6143 4687/014-622 9998
Yet our price are reasonable and affordable, so whether u are lonely or on top of the world, u are welcome to pay a visit or give us a call for a memorable day and night.
✔️Our business hour from 1pm until 3 morning.
✔️Hotline: 03-6143 4687/014-622 9998
Yet our price are reasonable and affordable, so whether u are lonely or on top of the world, u are welcome to pay a visit or give us a call for a memorable day and night.
ADUAN ; PUSAT JUDI DIAMOND SQUARE JALAN GOMBAK
Blok b , Diamond Square Business Centre ,
Jalan Semarak Api 2,
Of Jln Gombak Setapak, KL.
Sudah beroperasi lebih dari lima tahun.
ADUAN : SPA MAKSIAT PUSAT MELEPASKAN NAFSU SERAKAH HORIZON SPA D' VILLA JLN AMPANG
Ramai lelaki-lelaki Melayu mengunjungi SPA ini untuk mendapatkan perkhidmatan seks kerana disajikan dengan wanita-wanita montok yang sedia memberi perkhidmatan.
ADUAN: PERLACUR-PELACUR MURAHAN DARI CHINA BERSEPAH DI ACE BUILDING PUDU BERDEPAN BALAI POLIS
;
Mereka ini bergerak secara sendirian dan ada menggunakan perkhidmatan bapak ayam. Ramai dikalangan pelacur-pelacur ini tinggal lebih masa di negara ini. Mereka dikatakan mendapat perlindungan dari pihak-pihak tertentu.
Mereka ini bergerak secara sendirian dan ada menggunakan perkhidmatan bapak ayam. Ramai dikalangan pelacur-pelacur ini tinggal lebih masa di negara ini. Mereka dikatakan mendapat perlindungan dari pihak-pihak tertentu.
Tuesday, July 8, 2014
SKUAD KHAS BANTERAS JUDI DI MELAKA
MELAKA 24 Jun - Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini sebulat suara meluluskan usul membentuk jawatankuasa bertindak dan skuad khas membanteras aktiviti judi haram yang semakin berleluasa di negeri ini.
Usul dicadangkan Sazali Muhd. Din (BN-Paya Rumput) dan disokong Datuk Ghazale Muhamad (BN-Rim) diluluskan dewan selepas dipersetujui semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Keputusan itu dibuat hasil undian apabila kesemua 26 ADUN termasuk wakil pembangkang mahu kegiatan pusat judi haram tersebut dibendung.
Sazali berkata, aktiviti tidak berfaedah itu semakin serius dan sukar dihentikan, malah tindakan merampas mesin-mesin judi oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) seolah-olah tidak mencukupi.
Justeru, menurutnya, langkah lebih berkesan dan tindakan tegas seperti penubuhan jawatankuasa bertindan dan skuad khas menangani masalah itu dilihat amat perlu bagi memastikan kegiatan tersebut dapat dihapuskan dari peringkat akar umbi.
"Pembentukan jawatankuasa bertindak dan skuad khas yang turut melibatkan pelbagai jabatan serta agensi kerajaan dan swasta ini kelak akan mampu membendung aktiviti tersebut berdasarkan perancangan teliti.
"Penubuhannya juga diharap dapat mendidik masyarakat terutamanya golongan remaja agar dapat menjauhi aktiviti judi haram seterusnya mengurangkan penglibatan mereka dalam kegiatan tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan usul tersebut dalam Sidang Kedua Penggal Kedua DUN Melaka Ke-13 di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.
Jelas Sazali, semua pihak termasuk agensi kerajaan di peringkat negeri dan Persekutuan, PBT, PDRM, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), media dan lain-lain perlu melancarkan perang terhadap aktiviti judi haram.
"Semua pihak digesa memainkan peranan penting dan tegas seperti menangkap pemilik premis dan pekerja yang menjalankan aktiviti haram tersebut," tegasnya.
Sementara itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron yang mengulas usul tersebut memberitahu, kerajaan negeri memandang serius kegiatan judi haram yang mengancam kemakmuran masyarakat.
"Oleh itu, pihak polis diminta agar dapat memberi taklimat khusus berkaitan penguatkuasaan dan hukuman kesalahan tersebut dilaksanakan pihak PBT," katanya.
BATALKAN PEMBANGUNAN PUSAT JUDI BUKIT TAGAR
Tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Islam Ikatan Rakyat Muslim Malaysia (IRIMM), Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) dan Lembaga Pembangunan Pengguna Malaysia (LPPM) menyerahkan memorandum bantahan berkenaan kepada Menteri Besar Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, kira-kira jam 11.30 pagi semalam.
Presiden IRIMM, Amir Amsaa Alla Pitchay, berkata pembinaan pusat judi lumba kuda yang dikatakan terbesar di Asia itu mencalar imej Malaysia sebagai negara Islam.
Katanya, beliau tidak menafikan ia akan menarik perhatian negara luar terhadap Malaysia, namun, hanya sekadar dilihat sebagai negara pusat perjudian.
Satu ancaman
“Setakat ini, kita sudah mempunyai antara tempat pusat perjudian yang terkenal seperti Genting Highlands , Pulau Tioman, dan Bukit Tinggi di Pahang. Jika ditambah lagi, memang tidak dinafikan Malaysia adalah negara yang penuh dengan pusat perjudian.
“Kami menentang perkara ini kerana ia akan menjadi satu ancaman terhadap pembangunan sahsiah masyarakat Islam dan pembinaan pusat judi berkenaan menunjukkan kerajaan negeri menggalakkan aktiviti perjudian,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum bantahan berkenaan kepada Ketua Setiausaha Sulit Menteri Besar, Mohd Yasid Bidin.
Presiden Kebangsaan MJMM, Abdul Rani Kulup Abdullah, mempersoalkan pendirian Abdul Khalid selaku Menteri Besar Selangor dan parti sekutunya iaitu PAS dalam isu ini.
Katanya, dengan membenarkan pembinaan pusat judi berkenaan, ia membuktikan kerajaan yang dipimpin parti PKR dan sekutunya tidak mempertahankan Islam seperti yang dijanjikan.
“Jika dilihat, Menteri Besar Selangor adalah orang Melayu dan Islam, sama seperti ahli PAS. Mereka selalu mendakwa diri mereka memperjuangkan Islam di negara ini.
“Tetapi perkara ini (pembinaan pusat judi) bukti kata-kata itu tidak ditunjukkan dan hanya dijadikan sebagai satu janji kepada rakyat,” katanya.
Pada 1 Julai lalu, BH melaporkan PAS dan beberapa NGO serta masyarakat setempat membantah pembinaan pusat judi lumba kuda terbesar di Asia iaitu Selangor Turf Club di Bukit Tagar.
Sangkal dakwaan
Yang Dipertua PAS Hulu Selangor, Muhammad Idris Ahmad yang juga Ketua Urus Setia bantahan itu berkata, pihaknya menyangkal dakwaan pemaju yang mendakwa pembinaan pusat terbabit diterima oleh masyarakat Melayu kawasan itu.
Semalam, Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad, dalam satu kenyataan, menyatakan sebuah parti Islam, PAS tetap dengan pendirian tidak akan bersetuju terhadap pembinaan pusat judi lumba kuda berkenaan, selain kelulusan projek itu akan memecah-belahkan pakatan pembangkang di Selangor.
BENTERAS JUDI SECARA TOTAL
- Ahmad Zahid Hamid
KUALA LUMPUR - Usaha membanteras kegiatan perjudian secara menyeluruh di negara ini tidak akan berjaya jika hanya mengharapkan tindakan penguatkuasaan polis semata-mata.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha dan kebersamaan daripada entiti lain seperti pihak berkuasa tempatan (PBT), agensi kerajaan, swasta dan masyarakat sangat dituntut dalam melaksanakan undang-undang berkenaan.
"Bantuan mereka sangat diperlukan seperti potong talian telefon, bekalan air, elektrik, jaringan Internet dan lain-lain yang berkaitan dengan premis perjudian.
"Ini tanggungjawab bersama, bukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sahaja. Jika tidak, usaha membanteras aktiviti perjudian ini tidak akan berhasil," katanya.
Beliau berucap demikian pada majlis berbuka puasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama warga Kompleks KDN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini, hari ini. - Bernama
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha dan kebersamaan daripada entiti lain seperti pihak berkuasa tempatan (PBT), agensi kerajaan, swasta dan masyarakat sangat dituntut dalam melaksanakan undang-undang berkenaan.
"Bantuan mereka sangat diperlukan seperti potong talian telefon, bekalan air, elektrik, jaringan Internet dan lain-lain yang berkaitan dengan premis perjudian.
"Ini tanggungjawab bersama, bukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sahaja. Jika tidak, usaha membanteras aktiviti perjudian ini tidak akan berhasil," katanya.
Beliau berucap demikian pada majlis berbuka puasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama warga Kompleks KDN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini, hari ini. - Bernama
ADUAN : HOTEL RADIUS BUKIT BINTANG LUBUK MAKSIAT PALING GEMPAR DAN PALING RAMAI PENGUNJUNG
Jika berkunjung ke SPA nya anda akan dapati sangat ramai gadis Indon, Thai, Vietnam, Cina, Filipina beratur untuk dipilih. Pengunjung Melayu dan lain-lain bangsa juga sangat ramai memilih pasangan masing masing.
Syurga Bukit Bintang.
Monday, July 7, 2014
ADUAN PUSAT JUDI DAN PELACURAN BUKIT BINTANG DAN SRI PETALING DEPAN BALAI
Selamat tgh hari Tuan D4 & D7 Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) - seperti biasa, sbg rakyat bertanggungjawab, kita perlu membantu PDRM merealisasikan hasrat Menteri Dalam Negeri, DS Zahid Hamidi
utk banteras premis judi haram di semua peringkat - jika pagi tadi Sri
Petaling, di Pudu terdapat 5 premis judi & pelacuran warga China yg
terletak hanya lebih kurang dua kilometer dari IPK Kuala Lumpur &
Balai Polis Pudu.
65 DI TAHAN DI PUSAT JUDI DI JB
Mesin judi ini dirampas |
Seramai 65 orang termasuk lapan penjaga premis pusat hiburan keluarga
ditahan selepas disyaki terbabit dalam aktiviti permainan mesin judi di
sekitar bandar raya Johor Bahru, pagi tadi.
Kesemua mereka itu ditahan dalam Ops Dadu ketika pemeriksaan terhadap lapan premis dari jam 11 malam hingga 4 pagi.
Pemeriksaan yang diketuai Pegawai Turus D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor Deputi Superintendan Adzli Abu Shah itu turut merampas 157 buah mesin permainan yang disyaki dimanupulasi menjadi mesin perjudian.
Selain itu, wang tunai sebanyak RM6,540 turut dirampas.
Siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(2) Enakmen Negeri Johor (Hiburan).
Subscribe to:
Posts (Atom)