Pages

Tuesday, July 8, 2014

BENTERAS JUDI SECARA TOTAL

  • Ahmad Zahid Hamidi
  • Ahmad Zahid Hamid
KUALA LUMPUR - Usaha membanteras kegiatan perjudian secara menyeluruh di negara ini tidak akan berjaya jika hanya mengharapkan tindakan penguatkuasaan polis semata-mata.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha dan kebersamaan daripada entiti lain seperti pihak berkuasa tempatan (PBT), agensi kerajaan, swasta dan masyarakat sangat dituntut dalam melaksanakan undang-undang berkenaan.


"Bantuan mereka sangat diperlukan seperti potong talian telefon, bekalan air, elektrik, jaringan Internet dan lain-lain yang berkaitan dengan premis perjudian.


"Ini tanggungjawab bersama, bukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sahaja. Jika tidak, usaha membanteras aktiviti perjudian ini tidak akan berhasil," katanya.


Beliau berucap demikian pada majlis berbuka puasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama warga Kompleks KDN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini, hari ini. - Bernama

3 comments:

  1. Di tempat saya di negeri sembilan terutama di kawasan kedai buah senaling ada aktiviti jual judi online dan nombor ekor

    Di harap pihak berkuasa memberkas tauke2 judi ini..sbb gejala ini menyusahkn rakyat

    ReplyDelete
  2. Kalau boleh aktiviti perjudian dan maksiat ini di hapuskan 100%...

    ReplyDelete
  3. Kalau boleh aktiviti pusat perjudian dan maksiat ini di hapuskn 100%..

    ReplyDelete