Pages

Monday, July 7, 2014

65 DI TAHAN DI PUSAT JUDI DI JB

Mesin judi ini dirampas
Seramai 65 orang termasuk lapan penjaga premis pusat hiburan keluarga ditahan selepas disyaki terbabit dalam aktiviti permainan mesin judi di sekitar bandar raya Johor Bahru, pagi tadi.

Kesemua mereka itu ditahan dalam Ops Dadu ketika pemeriksaan terhadap lapan premis dari jam 11 malam hingga 4 pagi.

Pemeriksaan yang diketuai Pegawai Turus D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor Deputi Superintendan Adzli Abu Shah itu turut merampas 157 buah mesin permainan yang disyaki dimanupulasi menjadi mesin perjudian.
Selain itu, wang tunai sebanyak RM6,540 turut dirampas.


Siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(2) Enakmen Negeri Johor (Hiburan).

No comments:

Post a Comment